Friday, February 22, 2013

Adriana and her school

salam...
lama tak update blog... hahaha... suka berblog walking tp malas nk update blog sendiri... busy menguruskan aktiviti seharian sejak ayah yana pergi sabah... dah lebih 2 bulan dah...

kali ni nak cerita pasal adriana and her school... ummi hantar yana pergi Genius Aulad BTHO... why genius aulad? sebab glamor... hahaha... tak la... sebab dia more kepada Islamic sikit... tanam foundation Islamic dulu sbb itu yg paling penting... 1st week pergi school, sangat2 gembira and happy sebab orientation week, tak belajar... seronok la... masuk minggu kedua hari khamis, balik menangis... jumaat nangis... sebab katanya dia takut sbb tak pandai tulis abc... hahaha... tak pandai la kena pegi school... teapi lepas pujuk2... dah tak nangis dah pegi school... agaknya syahdu tengok kawan2 ramai yang nangis, dia pun nk try nangis jugak... hahaha... poyo je yana ni...

2 bulan dah sekolah, alhamdulillah banyak improvement... Al-Fatihah dah lancar... doa makan, doa selepas makan, dah ingat alif ba ta and dah boleh tulis, dah ingat abc, tulis n sebut perkataan mengikut suku kata, 123dah ingat n dah boleh tulis... selawat sentiasa di bibir... ok la tu kan... yang paling best lebih berdikari... pergi toilet dah tak payah ummi tolong basuh lg...

kat school, teacher kata yana ni pendiam n serius orangnya... nak tengok senyum susah... tu la sejak ayahnya pegi sabah macam lack of confident dia ni... maklum la anak manja ayah... ayah tak ada hilang tempat bermanja... nak manja dengan ummi malam2 bila adik dah tido la... kalau tak kena tarik rambut dengan adik je la jawabnya... tapi nak buat macam mana... bayar yuran yana je dah hampir sebelah tangan, kena la ayah keje kuat... abis kenapa tak anta tadika biasa je? kan dah cakap... nak piling Islamic Foundation lebih sikit... kat rumah bila kita ajar dia ajar kita balik, banyak pulak auta dia... bila kat school, teacher ajar dia tak berani nak auta... sekarang ni tengok kalau ummi cakap dah ikut sikit... walau pun masih ada bunyi2 merungut dia sikit2...

kat school, bila tanya kat mummy2 ramai yang datang dari jauh2... ada yang dari Serdang, dari Ampang, Sg. Long pun ada... why? semata2 nak yang terbaik untuk anak2... ada yang pukul 7 dah bertolak dari rumah nak anta anak p school... yana pukul 7 duk berdengkur lg... hahaha... itula namanya pengorbanan...

nak kata school yana ni tempat anak2 orang kaya tak juga... majoriti biasa2 je... ada seorang dua je yang datang naik merc, audi, mini cooper... tapi school sebelah, brainy bunch memang ramai anak org2 kaya... anak artis pun ada... hari2 duk nampak artis bila anta yana p school... hahaha...