Wednesday, May 7, 2014

Rotavirus menyerang

Assalamualaikum...

Kesian buah hati ummi both Adriana dan Uzayr yang terkena jangkitan rotavirus... Bermula dengan Uzayr pada 29 April bangun pagi langsung tak nak susu dan makan... Waktu nak pergi ambil kakak Adriana balik sekolah tiba2 dia muntah dalam kereta... Habis carseat dia... Satu kereta bau muntah... Ummi ingat perut dia masuk angin...

Malam tu sebab makin teruk muntah2 Uzayr, Ummi n Ayah bawak Uzayr pegi hospital Serdang... Doktor cakap sebab tonsil Uzayr bengkak sebab tu Uzayr tak nak makan... So, doktor just bekalkan ubat demam dan antibiotik... Balik dari hospital, waktu Uzayr tidur atas katil tiba2 dia cirit... Habis bocor kena cadar... Ummi sangkakan sebab makan antibiotik...

30 April Kakak Adriana pula mula muntah2 dan hilang selera makan... So, hari tu ponteng sekolah... Ummi terpaksa le jadi nurse merawat dua pesakit comel ummi kat rumah...


Tak nak minum susu, minum air masak je...

1 Mei... Keadaan Uzayr semakin lemah... Muntah dan cirit... Langsung tak nak makan apa2... Hati Ummi tak sedap so, kami bawa semula Uzayr ke Hospital Serdang... Kakak Adriana ok la sikit masih mau makan dan minum walaupun sikit... Tapi adik Uzayr memang tak nak makan... So, Uzayr warded sebab dehydrated yg teruk... 



Kesian tangan kena drip air...

Daripada ujian makmal terhadap najis Uzayr terbukti la dia dijangkiti virus rota... Virus rota ni merupakan penyakit berjangkit yang boleh didapati melalui air, makanan yang tak bersih... Pendek kata akibat kebersihan yang diabaikan... Virus rota juga boleh berada dalam usus pesakit selama 3 hari sebelum ianya mengeluarkan tanda2 muntah dan cirit... Virus rota tak ada ubat... So, sepanjang berada di wad, Uzayr hanya di beri ubat demam dan drip air sahaja...  

Kat rumah ayah kata kakak Adriana langsung tak nak makan... Menangis merengek je... Susahnya hati ummi... 

The next day, Uzayr menangis2 nak tarik wayar drip... Ngeri sungguh ummi... Nurse datang nak tukar air drip tak jadi tukar sebab tangan uzayr dah bengkak... Nurse bukak jarum drip... Lega ummi rasa... Dapat pergi mandikan uzayr yang dari semalam tak mandi... Lepas mandi, ummi bagi uzayr minum susu PediaSure... Alhamdulillah, dia dah tak muntah... Sedikit cergas sehinggakan tak nak duduk kat katil... Suruh tido pun tak nak... Kerjanya nak tawaf wad... Naik lenguh kaki ummi...



Budak dah ada tenaga sikit

So, bila doktor tengok dia aktif, dah tak muntah dan kadar ciritnya dah berkurang... Doktor bagi Uzayr balik... Alhamdulillah cuma satu malam saja di hospital... Kesian ummi tengok kakak Adriana langsung tak nak makan... Kena paksa baru nak makan... Ye lah tak ada selera... 

Alhamdulillah berkat doa, dan tunjuk ajar daripada nurse dan doktor sewaktu di wad... Sekarang 2-2 budak comel dah sihat seperti sedia kala... Tak ada yang lebih bermakna bagi seorang ibu bila melihat anak2 kembali sihat dan ceria... Segala penat semua hilang... 





No comments:

Post a Comment